Ciri-ciri stesen Stesen ERL Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Lokasi

Stesen ini terletak di Aras 1, Bagunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, Malaysia. Selain KLIA, mercu tanda lain di sekitar stesen adalah Pusat Cuaca D, Jabatan Meteorologi Malaysia; MSPR KLIA; dan Hotel Sama-Sama KLIA.

Pelan stesen

L1Aras LegarMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, medan bas perlancongan, KLIA
G
Platform
KLIA Ekspres KLIA Ekspres menghala ke KLIA2

KLIA Ekspres menghala ke KL Sentral

Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri atau kanan
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri atau kanan
KLIA Transit KLIA Transit menghala ke KLIA2

KLIA Transit menghala ke KL Sentral (Salak Tinggi)

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar stesen untuk perkhidmatan KLIA Transit. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Stesen ini adalah sebahagian daripada Bagunan Terminal Utama KLIA.

Perkhidmatan bas

Terdapat bas tempatan dan dan bas ulang-alik berkhidmat di aras 1 Bagunan Terminal Utama KLIA iaitu laluan bas RapidKL E1, laluan bas Smart Selangor SPG1 dan SPG2 serta laluan bas ulang-alik ke LTCP dan Mitsui Outlet Park.